Wednesday, November 18, 2009

Peranan guru..Mengajar atau Mendidik?

Bila duduk termenung sendiri..saya selalu terfikir.."kenapa aku pilih bidang perguruan sebagai kerjaya aku?"...Bnyk lagi pekerjaan yang hebat-hebat boleh saya pilih..tapi kenapa guru juga jadi pilihan??

Kawan-kawan saya yang dulu satu sekolah menengah kerja hebat-hebat belaka.. jurutera, doktor,akauntan..Tapi bagi saya..kerja guru lagi hebat..Malah tanggungjawab seorang guru juga berat..bukannya suatu perkara yang boleh dipandang enteng..Guru bukan setakat mengajar anak-anak yang bergelar manusia ini supaya mendapat ilmu yang dapat digunakan pada masa hadapan..malah perlu mendidik anak-anak ini supaya tahu nilai-nilai kehidupan,menjadi manusia berguna yang dapat menyumbang bakti kepada keluarga, masyarakat, agama dan negara..Bukankah itu satu tanggungjawab yang amat besar??Bukan mudah untuk mendidik dan mencorakkan anak-anak supaya menjadi manusia berguna..

Bila di rumah..ibu bapa yang berhak mengajar dan mendidik anak-anak mereka..Tapi bila anak pergi sekolah..siapa nak menjaga, mengajar dan mendidik anak-anak ini?..Semestinya seorang insan yang bergelar GURU..Dialah pengganti ibu bapa di rumah...

Sekali pandang pekerjaan guru seperti pekerjaan second class..Tapi itu pandangan orang yang tidak pernah terfikir penat lelah dan pengorbanan seorang guru dalam mendidik anak-anak. Bagi saya..profesion ini perlu dinilai dari segi pengorbanan dan kepayahan yang dihadapi oleh seorang guru untuk mencorakkan anak didiknya..

FIKIR-FIKIRKANLAH PEMBACA YANG BUDIMAN...

0 comments:

SCRATCH IT NOW !

MUZIK TERAPI...MAINKAN IA...