Saturday, December 26, 2009

CLASSMATE DPLI-JULY/SEM2 (2009)

Friday, December 25, 2009

Trouble is a friend...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Lama rasanya saya tidak mencoret apa-apa dalam blog ni..Hmmm..Buat masa ni blum ade cerita menarik lg..Tapi cerita bez sy dan kawan2 seperjuangan di upsi memang banyak...Banyak kenangan manis selama kami belajar di upsi..bukan sebab bangunan upsi yang menggembirakan kami... tapi gurau senda, gelak tawa riang dan kepayahan yang saya dan rakan seperjuangan alami dalam meniti kehidupan kami sebagai student di upsi ni, menjadikan kehidupan lebih ceria dan gembira..biarpun yang hakikinya..masalah keliling pinggang..fuh...

Masalah dlm kehidupan ini memang xdapat dipisahkan dari kita sebagai khaliq Allah swt..namun..seandainya kita belajar untuk menjadikan ia ceria seperti warna pelangi...masalah itu akan kabur....dan bila kita masih berpaut pada 'tali' Allah...maka InsyaAllah..masalah itu akan selesai kerana hanya Dia yang hakiki dapat menolong hamba2 nya.

Para pembaca yang budiman.. kenapa kita sering nak larikan diri dari masalah?..walau masalah xmengejar kita,,tapi kdg2 kita yang cari masalah..bila dh timbul mslh..mula lah nk lari kan diri..Jom kita fikir sejenak...
- kenapa wujud masalah dalam hidup kita?
- kenapa hidup kita sering bermasalah?
- cukupkah kita ini dikatakan beriman selagi tidak didatangkan atau diuji dgn masalah?
- jahat sgtkah kita ini sehingga timbul masalah dalam hidup ini?

Ckuplah..setakat itu saja saya dpt tuliskan persoalan yg sering bermain dikpla kita bila kita menghadapi mslh..Bnyk lagi sbnrnya kan pembaca yg budiman???...

Walau apa pun seseorang itu mentafsir tentang masalah...Yang hakikinya...masalah boleh diselesaikan...KIta yang perlu cuba cari jalan penyelesaiannya..btul tak??Apa2 pn bila ditimpa masalah..mmg perlu banyak bersabar..kuatkan iman dan hati kita..Namun..dengan bermslh la..kita menjadi matang..ada pengalaman pahit...nanti..boleh cerita pada anak cucu sebagai pedoman mereka...

Percayalah...Tuhan itu maha adil..klu hari2 kita gembira,...cuba kita fikir..Tak kesian ker pada orang lain yang hari2 susah dan menangis sebab mereka diuji dgn masalah???...Jadi..biarlah sama rata..Biar mereka pula rasa gembira dan mendapat sinar kehidupan..Suatu masa..Kita pula yang akan menangis dan tertekan...Bersyukur pada Tuhan kerana masih sayangkan aku yang sering menghadapi masalah..

Fikir-fikirkanlah..'trouble ia a freind..no matter where you go..it'll follow...'..Ok..Semoga bertemu lagi di lembaran akan datang..Sy nak sambung menaip assignment lain.:)Selamat membaca .

Thursday, November 19, 2009

Renungan buat semua...- Di Hari Persandinganmu -

Pada suatu masa yang ditetapkan.
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..

Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..

Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka

Buat Buletin

Dalam kelas Pengurusan Pelajar - En Ab Aziz mengajar cara membuat buletin..Bila msuk sekolah nanti..boleh apply apa yang dia ajar...Terima Kasih Cikgu:)

Wednesday, November 18, 2009

Peranan guru..Mengajar atau Mendidik?

Bila duduk termenung sendiri..saya selalu terfikir.."kenapa aku pilih bidang perguruan sebagai kerjaya aku?"...Bnyk lagi pekerjaan yang hebat-hebat boleh saya pilih..tapi kenapa guru juga jadi pilihan??

Kawan-kawan saya yang dulu satu sekolah menengah kerja hebat-hebat belaka.. jurutera, doktor,akauntan..Tapi bagi saya..kerja guru lagi hebat..Malah tanggungjawab seorang guru juga berat..bukannya suatu perkara yang boleh dipandang enteng..Guru bukan setakat mengajar anak-anak yang bergelar manusia ini supaya mendapat ilmu yang dapat digunakan pada masa hadapan..malah perlu mendidik anak-anak ini supaya tahu nilai-nilai kehidupan,menjadi manusia berguna yang dapat menyumbang bakti kepada keluarga, masyarakat, agama dan negara..Bukankah itu satu tanggungjawab yang amat besar??Bukan mudah untuk mendidik dan mencorakkan anak-anak supaya menjadi manusia berguna..

Bila di rumah..ibu bapa yang berhak mengajar dan mendidik anak-anak mereka..Tapi bila anak pergi sekolah..siapa nak menjaga, mengajar dan mendidik anak-anak ini?..Semestinya seorang insan yang bergelar GURU..Dialah pengganti ibu bapa di rumah...

Sekali pandang pekerjaan guru seperti pekerjaan second class..Tapi itu pandangan orang yang tidak pernah terfikir penat lelah dan pengorbanan seorang guru dalam mendidik anak-anak. Bagi saya..profesion ini perlu dinilai dari segi pengorbanan dan kepayahan yang dihadapi oleh seorang guru untuk mencorakkan anak didiknya..

FIKIR-FIKIRKANLAH PEMBACA YANG BUDIMAN...

Tuesday, November 17, 2009

Kelas bina blog

Pelajar DPLI Kaunseling Grup A mempelajari cara membuat blog sendiri dalam kelas Pengurusan Pelajar-Lecturer: Encik Ab. Aziz Mohd Yatim
. * Banyak ilmu baru dipelajari..Besz sangat. TQ Encik Aziz

Kelas Kaunseling ditunda seminggu

Kelas kaunseling ditunda seminggu selepas cuti seminggu sem 1.
* Pensyarah menghadiri Confrence di Golden Palace Hotel.Kuala Lumpur

Pelajar DPLI Masuk Sem 2/2009

Pelajar DPLI memasuki sem 2 selepas cuti sem 1 selama 1 minggu.bermula 23 oktober 2009

SCRATCH IT NOW !

MUZIK TERAPI...MAINKAN IA...