Thursday, November 19, 2009

Renungan buat semua...- Di Hari Persandinganmu -

Pada suatu masa yang ditetapkan.
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..

Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..

Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka

Buat Buletin

Dalam kelas Pengurusan Pelajar - En Ab Aziz mengajar cara membuat buletin..Bila msuk sekolah nanti..boleh apply apa yang dia ajar...Terima Kasih Cikgu:)

Wednesday, November 18, 2009

Peranan guru..Mengajar atau Mendidik?

Bila duduk termenung sendiri..saya selalu terfikir.."kenapa aku pilih bidang perguruan sebagai kerjaya aku?"...Bnyk lagi pekerjaan yang hebat-hebat boleh saya pilih..tapi kenapa guru juga jadi pilihan??

Kawan-kawan saya yang dulu satu sekolah menengah kerja hebat-hebat belaka.. jurutera, doktor,akauntan..Tapi bagi saya..kerja guru lagi hebat..Malah tanggungjawab seorang guru juga berat..bukannya suatu perkara yang boleh dipandang enteng..Guru bukan setakat mengajar anak-anak yang bergelar manusia ini supaya mendapat ilmu yang dapat digunakan pada masa hadapan..malah perlu mendidik anak-anak ini supaya tahu nilai-nilai kehidupan,menjadi manusia berguna yang dapat menyumbang bakti kepada keluarga, masyarakat, agama dan negara..Bukankah itu satu tanggungjawab yang amat besar??Bukan mudah untuk mendidik dan mencorakkan anak-anak supaya menjadi manusia berguna..

Bila di rumah..ibu bapa yang berhak mengajar dan mendidik anak-anak mereka..Tapi bila anak pergi sekolah..siapa nak menjaga, mengajar dan mendidik anak-anak ini?..Semestinya seorang insan yang bergelar GURU..Dialah pengganti ibu bapa di rumah...

Sekali pandang pekerjaan guru seperti pekerjaan second class..Tapi itu pandangan orang yang tidak pernah terfikir penat lelah dan pengorbanan seorang guru dalam mendidik anak-anak. Bagi saya..profesion ini perlu dinilai dari segi pengorbanan dan kepayahan yang dihadapi oleh seorang guru untuk mencorakkan anak didiknya..

FIKIR-FIKIRKANLAH PEMBACA YANG BUDIMAN...

Tuesday, November 17, 2009

Kelas bina blog

Pelajar DPLI Kaunseling Grup A mempelajari cara membuat blog sendiri dalam kelas Pengurusan Pelajar-Lecturer: Encik Ab. Aziz Mohd Yatim
. * Banyak ilmu baru dipelajari..Besz sangat. TQ Encik Aziz

Kelas Kaunseling ditunda seminggu

Kelas kaunseling ditunda seminggu selepas cuti seminggu sem 1.
* Pensyarah menghadiri Confrence di Golden Palace Hotel.Kuala Lumpur

Pelajar DPLI Masuk Sem 2/2009

Pelajar DPLI memasuki sem 2 selepas cuti sem 1 selama 1 minggu.bermula 23 oktober 2009

SCRATCH IT NOW !

MUZIK TERAPI...MAINKAN IA...