Friday, January 1, 2010

SELAMAT TAHUN BARU

Selamat menyambut tahun baru 2010...Awal muharram, kita sambut dengan berdoa akhir tahun dan awal tahun..tapi tak kan tahun baru 2010 kita sambut dengan nyanyian konsert dan hiburan2 hard rock...?..Seronok sebab dah masuk tahun baru..Seronok ker..kalau semua tu menyebabkan pergaulan bebas dan mcm2 lagi...Jom kita fikir sama2...

Tahun baru adalah permulaan dan pembukaan buku baru dalam hidup kita..Tutup buku lama..buka buku yang baru...Mesti banyak azam baru..tapi kalau azam baru tu cuma nak meruntuhkan ummat kita (Islam)..jangan berani katakan kita ni ummat nabi Muhammad saw.

Kalau nabi masih hidup di zaman IT yang serba canggih ni..dengan melihat ummatnya yang hancur sana sini..lebih hebat dari ummatnya di zaman jahiliah dahulu..alangkah sedihnya dia.Pasti menangis..

Kawan2, anak2 muridku..pembaca yang budiman...marilah kita sama2 berganjak dari seorang insan yang kurang baik kepada yang lebih baik...Kalau kita di tinggalkan dengan kesedihan pada tahun 2009...tahun ni kita tinggalkan lah kesedihan tu dan mulakan azam dan hidup baru...Kalau kita dihantui dengan kisah2 pahit dalam hidup..Takkan tahun baru ni kita mahu hidup sentiasa dihantui kisah2 itu..Fikirkanlah.... Kita boleh berubah..hanya usaha kita sahaja yang hendak berubah atau tak...

Selamat membaca.:)

0 comments:

SCRATCH IT NOW !

MUZIK TERAPI...MAINKAN IA...